Tuesday 17 November 2015

MELAKA.. I'm Coming ! SL1M TELEKOM MALAYSIA

Assalamualaikum semua.. 

Apa khabar? lama sungguh Cik Mar x update blog.. Almaklumlah.. sibuk byk sgt.. hohoho (kalah Dato' Datin ni)

ok.. 

Ni my story.. saje nk share2 ngn korang semua.. juz my experience.. 

wahh! Cik Mar dapat tawaran p SL1M.. erkk.. SL1M stand 4 Skim Latihan Satu Malaysia la.. itu pun nk kena gitau.. muahaha..





Dah register pun 1 Nov 2015 hari tu.. haa tu la.. baru sempat update.. ok, 4 d new info about lain2 cerita, nnti Cik Mar story mory lagi.. biar gempakkk.. kuakuakua..ok daa..

Cik Mar nk pot pet pot pet berlatih speaking ni.. erkk.. poyo jer kan? haha.. but, im happy sbb tercampak di MMU Melaka ni.. jom! join us.. hurry up guys... still open until now..

k la.. to be continued..

babai syg2 Cik Mar... 

Assalamualaikum

Thursday 29 May 2014

Aku LeLaki??? erkkkk

ehem2.. sound check sound check... 

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum n Salam exam.. huahuahua... 
(jawab salam dulu)

 terima kasih kepada...
(eh poyo jer Miss Rizan ni.. ingat jd MC ka?)

straight 2 d point jer... xyah nak berangan...huhuhu

Hurmm.. xde pe sebeno nyo nok di hupdate...tapi saje tgn2 ni gatai nk tekan2 keyboard.. napok cam dah berhabuk dah blog ni.. fuh fuh.. (buang habuk skit.) tu yg nk bg cuci2 sket.. hihi... haa TAPI...ada citer la skit.. gosip2.. amboi2... cakap nk gosip terus baca naa.. eh perasan la Miss Rizan ni org baca blog dia...xpela.. perasan 2 kali 2 kala..

haa haa haa.. cer teka cer teka per gosip Miss Rizan nie...

eh.. ngade betul la Miss Rizan ni... nk gtau, gtau jela.. kan? kan? kan? xpyh nk menggedik gatal gelenya geletah sgt... haa.. kan dh kena...huhu (kasi tampor ramai2.. kihkihkih)

first2... ni Miss Rizan nk TEKANkan...

????

Actually, Miss Rizan nk gtau yang nama Miss Rizan yg sebenarnya.... haa..cmni la klu ikut IC :::
my name is Nur Akmarizan BINTI Mohd Razi.. 

nmpak x??? 

XNAMPAK???? biar betikkk....

tu haa...

BINTI..... haaa.. maksud binti di sini... ANAK PEREMPUAN... daughter lerr.. ishhh... 

xtau la Miss Rizan nk citer cam mano... blh orang ingat Miss Rizan ni LELAKI... uhhh.. tang mana dia lihat pun xtau la... eh3... macam2 piil la... kan nk bg kerepek free kan...

nak kata Miss Rizan jalan cam lelaki..dah rasa jalan catwalk doh...
nak kata Miss Rizan cakap cam lelaki.. dah habis lembut doh.. (habis lembut ka?? xblh2... nnti hbis cayakk org lelaki... poyo jer kan Miss Rizan ni?? erhhh... xblh nk blah...pirahhh)
nak kata Miss Rizan pakai cam lelaki.. dah rasa pakai cam wanita melayu terakhir...

pening ler Miss Rizan nak pikir... xCAYA ke Miss Rizan cakap ni??

xpe...xpe.. org zaman leni, no bukti no caya2...
jap yer...

ni haaa


tgk... hurmmm


ada ke patut ckp cmni? hmmm


xpela... Miss Rizan guna konsep redha jer.. nk buat cmne... huhu... ni kira ok la kan... sbb lelaki ingat Miss Rizan ni lelaki...

TAPI...

ada jugak yang perempuan ingat Miss Rizan ni lelaki...
kihkihkih... siap nk ngorat lagi...
tapi Miss Rizan xingat sape yg pm Miss Rizan...

siap boleh cakap lagi...

"kenapa cara awak msg cam perempuan?"


Laa.... dah aku ni perempuan... mmg camtu ler gamok nyo nk kena msg...xkan nk msg cam lelaki kot... xkan nk kena msg cmni...

what'up? lu pe hal? lek r bro..

nk kena msg cmtu? kan Miss Rizan ni ala2 wanita melayu terakhir.. hihi

mybe sbb nama kot... huhu... eh... mna blh salah kan nama.. kan?

hurm... k la.. dah pnjg sgt ni Miss Rizan duk pot pet pot pet... bnda xde ler penting sgt..
mengarut jer lebih...kan?

sblm u'oll tekan X, Miss Rizan nk wish to u'oll gud luck for exam... yang mana xhambek exam tu, gud luck jgk la... 4 ur life...

and wish me gud luck 4 final exam... tq sbb sudi baca my blog yang ntah pape ni...daa.. slmt mlm u'oll... 
Assalamualaikum... (jawab salam tu)..




Saturday 9 November 2013

Majlis Pertunangan


Assalamualaikum W.B.T...


Hai...lama jgk ler x hupdate blog ni.. konon bz ler kan.. huhu

ni.. miss rizan baru jer mai kedah... cuti seminggu.. xkan ler xbalik... opkoz ler balik.. homesick kata kan...

tapi xsgka ler... dlm cuti semggu, ingat nk rest kan otak2 ni... rest kan badan.. tapi tue ler.... syibukk skit.. uruskan majlis pertunangan... ehem ehem..batuk jap...



jap2... nk post gmbar.. org kata..bior ler gambar berbicara.... wink wink wink



haa... shanteek x? 



Pastu... miss'rizan dpt ler bnda alah ni... pown shanteek jgk...






memang xblh hambeek ler duit tue... syg... :) pape pun.. tq sgt2...




*miss'rizan wat2 kalut jer.. bukan majlis miss'rizan sebenarnya.. hehehe... hah hah... terkezut x??? terkezut ler tue...

sebenarnya... miss'rizan tlg2 gubah jer... kihkihkih... jd diorang pun bg ler kat miss'rizan bunga duit tue.... :) 

jadi kat sini.. sape2 yg nk mntak tlg gubah blh ler... hihihi... gubah biasa2 jer... xdela shantek sgt.. gubahan org kampung jer... huhuhu...

pape pun.. tq sbb sudi tgk2 blog miss'rizan yang ntah pape nie... daaa...

Saturday 23 February 2013

mandi wajb...


MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Jangan Pandang Remeh Bab ni.....

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.


Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.


Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.



Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W. bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Sunday 30 December 2012

KaHwiN??? Jom BACA ni...



KAHWIN MELAYU VS KAHWIN ISLAM

Kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.Simple bukan? Kenapa perlu pening?Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.Luahan daripada pelajar yang sudah berkahwin awal.Adakah masih ada perempuan yang memilih cara pelajar ini berkahwin?

Bak kata Ustaz Azhar Idrus..
Mas kawin janganlah letok mahal-mahal, macam nok jual anok ni ape bende. Ni bukan kuba, kan suami beri nafkah pulok kan bulan-bulan, hok seribu sebulan, hok 5ratus sebulan, beri pulok seumur hidup. Lepas tu blawang pulok, moklong 9ribu, kita 10 ribu. Orang mitok kurang skek dokleh. Macam nok nege (niaga) anok ni. Nabi kabo dok ikut, yang paling berkat adalah yang paling muroh mas kawin. Hadioh ikut panda lah nok beri brape pun, sukarela. Nabi kabo bila letok mahal-mahal takdok berkat, jadi macam orang kapir. Cina ni 20ribu, jadi nok ikut cina. Kita melayu nok jadi cina ikut ke dia. Bakpe mahal ngak. Hok letok muroh-muroh dia kate porong pulok. 

copy paste : FrOM HamBa ALLAH 

Friday 28 December 2012

gO MoRe Klate Go MOre!!!!!!!!!

ni ler plajar uum...semangat tggu pemain bola sepak Kelantan!!!

waa....farhan la...mohon jelez semua..... toink toink


ni daudsu...



apex...dah kawin dah dia....huhuhu..tahniah apex!!


indra putra

ini lah aku....wink..wink


wah...comel nya baby tueee!!!




pelajar UUM bersama pemain bola sepak Kelantan.. GOMO KLATE GOMO!!!

Sunday 23 December 2012

sahabatku ^_^...



sahabatku^_^
perjuangan xpernah putus kerana diikat dengan rantai iman
mujahid tidak keseorangan kerana diikat dengan rantai ukhuwah
istiqamah dalam perjuangan sebagai bukti keimanan
semoga ikatan ukhuwah ini terbina untuk selamanya... ^_^